Disclaimer

Assalamualaikum dan jutaan terima kasih kerana menjenguk page ini. Suka saya nyatakan bahawa sebarang pendapat atau kata-kata di sini hanyalah pendapat peribadi saya. Oleh itu sebarang kesan dan akibat daripada penggunaan maklumat dalam blog ini adalah di atas tanggungan anda sendiri. Dan untuk pengetahuan semua, blog ini baru dibuka kepada umum pada 9 September 2011 yang lalu. Terima kasih atas sokongan.

Terima kasih.



-Mass Mohamad-

Sunday, June 24, 2012

6 Bulan dan Terus Bercinta

Masuk bulan ini memang genaplah enam bulan pernikahan kami. Menjadi suami isteri bukanlah susah sangatkan.. rupanya kehidupan lebih teratur dan lebih mempunyai matlamat. Kalau dulu saya selalu katakan kehidupan solo saya sudah punya banyak perkara, jadi tak perlulah saya risaukan sangat jika lambat berumahtangga. Rupanya apabila hidup berdua, banyak lagi matlamat hidup mendatang yang dirancang bersama. Bila ada suami, semuanya jadi lebih kuat dan lebih bersemangat.

Baru-baru ini kami sempatlah pulang ke Kelantan untuk menziarah keluarga (Ma dan Ayah) dan ke majlis kesyukuran perkahwinan sepupu suami saya iaitu Faiz dan Junaimah. Ke Johor dahulu sebelum itu ke majlis sebelah perempuan. Memang seronok bersama keluarga baru saya ini. Jadi sebagai kenang-kenangan gambar terbaru saya dan suami saya tinggalkan u dengan gambar-gambar semasa perjalanan ke Kota Bharu melalui penerbangan MAS dan di majlis perkahwinan Faiz. Jumpa lagi!



Thursday, June 21, 2012

Hantaran Perkahwinan Sebelah Suami

Alhamdulillah, sudah tiba masuknya bulan Syaaban. Sempat ganti puasa yang tertinggal dan berpuasa sunat bulan-bulan mulia ini. Alhamdulillah, tak susah sangat kerana suami saya sentiasa menyokong dan bersama-sama mengimarahkan bulan-bulan baik ini.. biar berteman, seronok sikit masa berbuka bersama kan?

Seperti janji, saya mesti tunaikan. Baiklah hari ini, sela masa 2 jam waktu makan tengahari di hari Jumaat ini saya nak panjangkan cerita mengenai hantaran di sebelah suami dulu. Ramai juga yang tanya, ditempah di mana? tetapi rasanya ramai juga yang tahu, hantaran sebelah suami juga dibuat oleh Adnan Jaafar hasil perbincangan saya, suami dan dia. 

Menyentuh soal hantaran ini, saya meletakkan sepenuh kepercayaan pada abang Nan. Suami hanya beritahu warna ungu atau lavender dan abang Nanlah yang merealisasikan hiasannya. Kata saya, yang penting jangan terlalu sarat dan susunannya nampak kemas. Saya pernah mengidamkan hiasan hantaran koleksi Ari Wedding Couture. Pernah juga saya bertanyakan harganya. Satu dulang Ari kenakan RM200 hingga RM400 tidak kiralah samaada bunga artificial atau bunga asli. Padanan pelbagai jenis bunga yang direka Ari satu kombinasi yang sangat buat saya teruja. Selepas saja saya 'engaged' abang Nan sebagai wedding planner, saya terus saja beritahu apa yang saya inginkan padanya. Alhamdulillah, seperti pernah saya ceritakan sebelum ini. Abang Nan memang begitu memahami apa yang diinginkan. Lalu terjadilah hantaran perkahwinan sebelah suami seperti ini.








Alhamdulillah, hasilnya mengembirakan suami saya dan keluarganya. Terima kasih atas hadiah-hadiah perkahwinan yang istimewa ini juga. Sebetulnya 9 dulang hantaran tetapi saya meletak hanya 7 sahaja. Lain-lain adalah cincin bersama sirih junjung dan kek.

Saya menutup entri : siap-siap mahu ke farewell party Nur Athikah. Lepas ini saya ceritakan tentang hantaran saya pula k.


Wednesday, May 30, 2012

Busana Putih Idaman



Thump up pada abang Nan atas rekaan baju nikah yang super cantik. Hakikatnya busana putih di hari pernikahan saya cuma lihat sehari sebelum majlis nikah sahaja. Sebelumnya abang Nan hanya akan mms dan sms sahaja progress baju tersebut. Memandangkan saya sangat sibuk dengan banyak urusan, jadi urusan mereka busana nikah dan resepsi memang saya serahkan sepenuhnya kepada abang Nan. Saya hanya membuat perbincangan serius sekali sahaja untuk menggambarkan kepadanya idea rekaan yang saya mahu (Word 'serius' bermaksud bincang betul-betul punyaaa). Mengetahui apa yang kita mahu itu penting untuk disampaikan kepada pereka. Dek kerana abang Nan memang jenis up-to-date dia mudah menerima faham apa yang cuba saya sampaikan kepadanya.

Apa yang menarik jahitannya begitu kemas di badan tanpa perlu buat apa-apa fitting lagi. Kedua-dua baju saya cuba malam itu tanpa perlu nak betulkan apa-apa lagi. Adakah itu bermakna badan saya tidak berubah saiznya? sedangkan kali terakhir ukuran badan saya diambil adalah semasa perbincangan rekaan dengan abang Nan iaitu dalam tempoh 3 bulan sebelumnya. Maintain nampaknya.. hehe

Baju melayu hubby pula kami cari readymade di Jakel. Mulanya nak cari kain untuk tempah supaya lebih kemas ikut saiz badan tetapi bila ternampak baju melayu siap tersebut terus berkenan. Uniknya baju melayu hubby bukan jenis fabrik satin. Saya dari awal lagi pesan pada hubby sebolehnya elakkan beli material satin sebab berkilat dan sudah tidak trend lagi.. hehe.. konon. Tapi memang saya tak suka baju melayu kain satin sebab berkilat-kilat semacam aja. Jadi baju melayu yang dijumpai ini sangat menepati citarasa saya walaupun harganya agak mahal. (Aik sapa yang nak pakai nih?) Sebenarnya, diorang ada cakap nama fabrik tetapi saya lupa sebab namanya agak unik. 

Kenapa ianya menarik pada saya? Kerana kainnya 'just nice'.. ada sedikit kilatan tetapi tidak menyerlah. Tidak terlalu lembut dan tidak terlalu mengeras. Yang penting ianya tidak mudah renyuk. Sesuai untuk dipakai semasa akad nikah. Simple itu adakalanya memberi keserlahan jika pandai dipadankan. Hubby pun suka. Manakala, sampin dan butang baju pula dari hantaran bertunang dulu.



Tip Memilih Pakaian Nikah Untuk Wanita

Saya ada sedikit tips untuk b2b bagaimana untuk membuat keputusan memilih busana nikah. Saya pasti ramai yang rambang mata jika buat carian di googlekan? Mula-mula nak yang simple, ringkas.. bila pergi ke butik atau designer dia akan pengaruhi kita dengan idea dia yang pelbagai pula.. jadi kita akan menjadi lebih berserabut dan bertambah rambang mata. Ada juga yang suka itu dan ini tetapi bila pergi butik berkenan pula baju lain yang lebih banyak bling-bling, manik-manik, lace sana lace sini..

Beginilah, saya nasihatkan jangan buat carian terlalu banyak. Elok saja search trend terkini setakat sekali dua sahaja. Kemudian pergi butik atau jumpa designer pilihan. Ceritakan padanya tentang busana idaman anda. Masa ini memang perlu terangkan betul-betul apa yang anda mahu, jangan sesekali cakap padanya,


"terpulanglah, asalkan cantik".. 


Perlu diingat, cantik pada matanya tidak semestinya cantik pada mata anda. Begitu juga sebaliknya. Bila dah terangkan segalanya atau jika perlu buat lakaran supaya maksud anda sampai kepadanya. Minta juga dia lukis busana tersebut supaya anda tahu juga apa yang direka untuk anda. Jika tidak suka perlu berterus terang saja. Jika suka.. proceed sahajalah.

Jika pergi ke butik untuk sewa baju siap, sila pujuk hati untuk tidak terpengaruh dengan trend-trend lama yang nampak meriah dengan lace yang banyak, memang cantik sebab berkilau-kilau tetapi kurang relevan untuk trend 2011/2012. Minta ditunjukkan terus kepada rekaan terbarunya. Pilih yang terbaru sahaja lebih selamat.

Selamat mencuba!

Menutup tulisan : Next entri cerita pasal hantaran pulaa okay..



Tuesday, May 29, 2012

Misi Tamat 2 Disember 2011.. Pernikahanku

Majlis pernikahan kami diadakan serba sederhana. Terlaksana di rumah atas hajat mama dan kami sekeluarga memutuskan mengadakannya disebelah petang hari lingkungan jam 5 lepas asar. Pada masa tibanya hari ini, kepala aku jadi kurang enak. Adakalanya jadi serba tak kena tetapi aku tabahkan hati untuk melangsaikan beberapa perkara lagi sewaktu pagi hari. Hanya ucap syukur kepada Allah Subhanahuwataala atas kelancaran majlis yang diberinya. Sebetulnya aku tidaklah mengharapkan majlis yang sempurna atau apa, namun aku selalu berdoa agar Allah tidak memberikan banyak kesukaran atau dugaan disaat-saat hari bahagia ini dirasai. Sesungguhnya, petang itu suasana sangat hening dan tenang.

Pagi hari selepas subuh, kek hantaran yang aku tempah di Inasaly Bakery beberapa bulan sebelum majlis tiba di muka pintu. Kak Ina yang hanya berurusan melalui telefon semasa di Shah Alam begitu baik sekali. Tempahan 2 unit kek fondant untuk sebelah lelaki dan perempuan di tempah sekali. Sukar juga mulanya mencari pembuat kek fondant yang unik berdekatan dengan tempat tinggal aku. Aku mencari bukan sekadar boleh mereka bentuk yang unik tetapi rasanya juga perlulah sedap. Pencarian melalui google yang menemui aku dengan kak Ina. Jadi aku rekemenkan kek fondant kak Ina untuk bakal pengantin di sebelah Penang terutamanya di Seberang Perai. Caranya mudah, hanya email gambar rekaan dan kak Ina akan tentukan harganya. Jika setuju minta proceed sahaja. Seminggu sebelum majlis call semula untuk peringatan. InshaAllah hasil kerja kak Ina akan memuaskan hati anda. Tak perlu berjumpa, internet memang memudahkan banyak urusan. Begitu juga urusan membeli doorgift. Akan ku kisahkan dilain entri nanti.

Kek fondant rekaan aku yang direalisasikan oleh kak Ina

Selesai menyusun hantaran aku sibuk di bilik pula melihat apa yang patut. Kemas bilik dan buat persiapan terakhir untuk tudung nikah. Tudung nikah yang direka oleh Adnan Jaafar ini memang surprise untuk aku kerana aku hanya menggambarkan saja jenis tudung yang aku selesa kepadanya.. selebihnya dia yang mencari tudung dan mereka mengikut kepakarannya. Alhamdulillah, hasilnya tidak mengecewakan. Tetapi ada sedikit masalah pada mulanya kerana anak tudung yang dijahit agak kecil dan singkat dan tidak boleh terus masuk ke kepala, namun dek kerana terlalu banyak idea.. terus kami kenakan tudung cara yang lain..

Aku sewaktu tamatnya misi kami

Dengan sekali lafaz.. ya dengan sekali lafaz.. aku kini bertukar status.. ajaibnya semua ini.. masih teringat-ringat saat aku duduk bersimpuh penuh debar. Aku ingat lagi waktu itu aku mengadu pada kak Dalina,

"Kenapa berdebar sangat ni kak?"

Terus dia cakap "Kejap aje debar tu, lepas akad nikah debar tu akan hilang serta merta."

Memang tepat sekali kata-katanya, rupanya debaran terus hilang sejurus saja lepas akad terlaksana. Alhamdulillah.

Aku menutup misi : Next entri nak cerita pasal baju nikah yang sweet ituuu.. :p




Nota : Sewa atau beli easel tanpa had kuantiti di SINI

Friday, May 25, 2012

Majlis Pernikahanku






mana pic sarung cincin?

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

tadaa..

dan tidak ketinggalan..

Moga bahagia ini kekal selamanya

Thursday, May 24, 2012

Easel Untuk Di Sewa : Kuantiti Tidak Terhad


Atas faktor permintaan sewa/beli easel yang sangat tinggi saya kini menyewa dan menjual easel tanpa had kuantiti lagi. 

Easel adalah stand art kayu yang u lihat dalam gambar. Warnanya adalah warna asal kayu (tanpa cat).

Keterangan adalah seperti berikut:
1. Sewa Easel / Frame Stand : RM25 seunit
2. Beli Easel / Frame Stand : RM40 seunit
3. Beli Easel / Frame Stand Berwarna (Mengikut tema majlis anda) : RM60

Berminat? Caranya ialah:
1. Sms saya di talian 019 3706082.
2. Buat tempahan.
3. Buat bayaran deposit,
4. Boleh ambil barang sewa di tempat saya di Shah Alam.
5. Buat bayaran tunai.

Deposit RM10 perunit akan dikenakan semasa mengambil barang. Deposit akan dikembalikan semasa pemulangan barang. Terma ini hanya untuk sewa easel sahaja.


Nota: Untuk lain-lain barang perkahwinan untuk di sewa sila klik label Barang Untuk Disewa

Wednesday, April 25, 2012

Hidup Hari Ini

Assalamualaikum,

lama tak menulis, lappy masih bermasalah.. tak boleh nak upload gambar lagi.. alamat kena cepatkan pembelian lappy baru. Lama betul masih tak sempat nak pergi beli.. huhu.

Alhamdulillah, bagi yang cuma mengetahui tentang hidup aku di laman blog ini.. aku kini sihat-sihat sahaja. Hidup sentiasa membahagia. Macam-macam pengalaman kehidupan baru yang aku lalui hampir 5 bulan sudah. Ya Allah sangat teruja dengan flow-flow kehidupan untuk masa depan, bulan depan, tahun depan...

Malam aku menulis ini, aku sedang menonton rancangan di Astro.. sambil-sambil suami tiada di rumah aku teringat nak update belog ini.. walau tak dapat letak gambar aku titip juga kata-kata untuk melepas rasa ingin. 

Apalagi ya update tentang aku? ahaa.. perkembangan terkini.. aku kini sedang jinak-jinak dengan dapur.. Suami beli semua perkakasan supaya aku mudah untuk memasak. Jadi tak ada alasan barang tak ada. Tapi memang betul rupanya bila semua ada di rumah dan keadaan dapur kita selesa memang tak ada alasan untuk tidak mahu memasak. Tetapi apapun, antara aku dan suami rasanya dia lebih kerap memasak berbanding aku. Kadang-kadang pagi-pagi dengar bunyi bising di dapur.. rupanya hubby sedang buat sarapan. Nak letak gambar masakan aku pun tak boleh jadi bayangkan ajalah aku sudah pernah masak sambal tumis udang, udang goreng, sayur campur lebih kurang macam tu la yang ringkas-ringkas aja. Komen suami? Pastinya tak ada komen sebab suamiku jenis yang sentiasa berselera makan.. hehe.. Alhamdulillah. Walaupun sibuk kami masih luangkan masa makan bersama-sama. 

Yang lain-lain, biasa aja.. masih belum berkesempatan nak berbulan madu kerana suamiku sibuk dengan program Anugerah Nasyeed.Com dan lepas program tersebut aku pula sibuk dengan 2 program roadshow sehingga hujung tahun dan insyaAllah ada program besar hujung tahun ini di bawah seliaan aku juga.. jadi mungkin rancangan untuk berbulan madu ditangguh lagi.. hehe..

Setakat ini dulu cerita aku.. jumpa lagi di lain masa k.. 

Menulis :: Mass

ShareThis