Disclaimer

Assalamualaikum dan jutaan terima kasih kerana menjenguk page ini. Suka saya nyatakan bahawa sebarang pendapat atau kata-kata di sini hanyalah pendapat peribadi saya. Oleh itu sebarang kesan dan akibat daripada penggunaan maklumat dalam blog ini adalah di atas tanggungan anda sendiri. Dan untuk pengetahuan semua, blog ini baru dibuka kepada umum pada 9 September 2011 yang lalu. Terima kasih atas sokongan.

Terima kasih.



-Mass Mohamad-

Wednesday, May 30, 2012

Busana Putih Idaman



Thump up pada abang Nan atas rekaan baju nikah yang super cantik. Hakikatnya busana putih di hari pernikahan saya cuma lihat sehari sebelum majlis nikah sahaja. Sebelumnya abang Nan hanya akan mms dan sms sahaja progress baju tersebut. Memandangkan saya sangat sibuk dengan banyak urusan, jadi urusan mereka busana nikah dan resepsi memang saya serahkan sepenuhnya kepada abang Nan. Saya hanya membuat perbincangan serius sekali sahaja untuk menggambarkan kepadanya idea rekaan yang saya mahu (Word 'serius' bermaksud bincang betul-betul punyaaa). Mengetahui apa yang kita mahu itu penting untuk disampaikan kepada pereka. Dek kerana abang Nan memang jenis up-to-date dia mudah menerima faham apa yang cuba saya sampaikan kepadanya.

Apa yang menarik jahitannya begitu kemas di badan tanpa perlu buat apa-apa fitting lagi. Kedua-dua baju saya cuba malam itu tanpa perlu nak betulkan apa-apa lagi. Adakah itu bermakna badan saya tidak berubah saiznya? sedangkan kali terakhir ukuran badan saya diambil adalah semasa perbincangan rekaan dengan abang Nan iaitu dalam tempoh 3 bulan sebelumnya. Maintain nampaknya.. hehe

Baju melayu hubby pula kami cari readymade di Jakel. Mulanya nak cari kain untuk tempah supaya lebih kemas ikut saiz badan tetapi bila ternampak baju melayu siap tersebut terus berkenan. Uniknya baju melayu hubby bukan jenis fabrik satin. Saya dari awal lagi pesan pada hubby sebolehnya elakkan beli material satin sebab berkilat dan sudah tidak trend lagi.. hehe.. konon. Tapi memang saya tak suka baju melayu kain satin sebab berkilat-kilat semacam aja. Jadi baju melayu yang dijumpai ini sangat menepati citarasa saya walaupun harganya agak mahal. (Aik sapa yang nak pakai nih?) Sebenarnya, diorang ada cakap nama fabrik tetapi saya lupa sebab namanya agak unik. 

Kenapa ianya menarik pada saya? Kerana kainnya 'just nice'.. ada sedikit kilatan tetapi tidak menyerlah. Tidak terlalu lembut dan tidak terlalu mengeras. Yang penting ianya tidak mudah renyuk. Sesuai untuk dipakai semasa akad nikah. Simple itu adakalanya memberi keserlahan jika pandai dipadankan. Hubby pun suka. Manakala, sampin dan butang baju pula dari hantaran bertunang dulu.



Tip Memilih Pakaian Nikah Untuk Wanita

Saya ada sedikit tips untuk b2b bagaimana untuk membuat keputusan memilih busana nikah. Saya pasti ramai yang rambang mata jika buat carian di googlekan? Mula-mula nak yang simple, ringkas.. bila pergi ke butik atau designer dia akan pengaruhi kita dengan idea dia yang pelbagai pula.. jadi kita akan menjadi lebih berserabut dan bertambah rambang mata. Ada juga yang suka itu dan ini tetapi bila pergi butik berkenan pula baju lain yang lebih banyak bling-bling, manik-manik, lace sana lace sini..

Beginilah, saya nasihatkan jangan buat carian terlalu banyak. Elok saja search trend terkini setakat sekali dua sahaja. Kemudian pergi butik atau jumpa designer pilihan. Ceritakan padanya tentang busana idaman anda. Masa ini memang perlu terangkan betul-betul apa yang anda mahu, jangan sesekali cakap padanya,


"terpulanglah, asalkan cantik".. 


Perlu diingat, cantik pada matanya tidak semestinya cantik pada mata anda. Begitu juga sebaliknya. Bila dah terangkan segalanya atau jika perlu buat lakaran supaya maksud anda sampai kepadanya. Minta juga dia lukis busana tersebut supaya anda tahu juga apa yang direka untuk anda. Jika tidak suka perlu berterus terang saja. Jika suka.. proceed sahajalah.

Jika pergi ke butik untuk sewa baju siap, sila pujuk hati untuk tidak terpengaruh dengan trend-trend lama yang nampak meriah dengan lace yang banyak, memang cantik sebab berkilau-kilau tetapi kurang relevan untuk trend 2011/2012. Minta ditunjukkan terus kepada rekaan terbarunya. Pilih yang terbaru sahaja lebih selamat.

Selamat mencuba!

Menutup tulisan : Next entri cerita pasal hantaran pulaa okay..



2 comments:

Nida Hamdan said...

Baju nikah akak simple yet sweet. cantik potongan layer tu,nmpk nice je.. :)

masra (mass) said...

terima kasih dear. alhamdulillah.

ShareThis