Disclaimer

Assalamualaikum dan jutaan terima kasih kerana menjenguk page ini. Suka saya nyatakan bahawa sebarang pendapat atau kata-kata di sini hanyalah pendapat peribadi saya. Oleh itu sebarang kesan dan akibat daripada penggunaan maklumat dalam blog ini adalah di atas tanggungan anda sendiri. Dan untuk pengetahuan semua, blog ini baru dibuka kepada umum pada 9 September 2011 yang lalu. Terima kasih atas sokongan.

Terima kasih.



-Mass Mohamad-

Tuesday, November 29, 2011

Save The Date - Razin & Masliza

2 Days To Go

Oh, malam ini aku masih sempat menulis walaupun sebenarnya dalam hati begitu kuat debaran. Alhamdulillah, kan aku selalu cakap tentang cara kerja mama yang sangat pantas, banyak perkara yang sudah siap dan malam ini mama tidur awal mungkin sebab kepenatan.

Sampai sahaja rumah Sabtu lepas, aku siap menyusun barang di dalam beg kertas, DIY Guest Book dan agihkan station by station untuk beberapa tugasan yang perlu diserahkan kepada ahli keluarga kerana aku tidak lagi boleh melakukannya semasa majlis perkahwinan berlangsung.

Semalam paksu Anuar datang, bincang mengenai pergerakan majlis, aku akan menaiki kereta pak su untuk ke Dewan Penyayang. Tok pula sudah beberapa hari di rumah, menolong apa yang termampu, memberi ingat apa yang terlupa.

Hari ini sahaja, aku sudah siap bentang cadar dan kami anak-beranak termasuk abang Razak (abang ipar), Kak Marina alihkan sofa naik ke atas rumah. Lapangkan kawasan rumah untuk majlis akad nikah Jumaat ini. Semuanya nampak sudah siap. Sebentar tadi aku pasangkan dawai halus di bunting penunjuk arah dan  sekarang aku masih lagi tidak sudah-sudah dengan skrip acara rasmi. Ya Allah, banyak sangat yang aku ubah-ubah sampai kadang-kadang jadi lost sekejap.  

Video pertunangan, save the date, digital kad, urusan undangan sudah selesai. Kami membuat panggilan keseluruhan dalam anggaran 1000 tetamu. Aku harap kawan-kawan dan keluarga akan tiba di majlis dengan gembira dan keberkatan yang di bawa.

Semoga Allah melancarkan segala urusan majlis kami nanti. Misi sudah sangat hampir dan harap semuanya akan lancar. 

Monday, November 28, 2011

Monday, November 21, 2011

Think in Pink!

Setiap kali menulis entri aku akan cakap dalam hati, ini adalah entri terakhir sebelum misi menjelang. Sebab perasaan yang aku alami sekarang boleh dikatakan sangat tidak boleh diterjemahkan dengan kat-kata. Jadi kita boleh namakan ianya 'Penyakit Nak Kahwin'. Berdebar lain macam, nak buat kerja tak boleh, nak tidur tak boleh. Pelik sungguh penyakit yang datang sekarang.

Untuk meredakan rasa sakit ini, aku ingin menulis entri mengenai warna tema majlis pernikahanku nanti. Yay! Mungkin ramai sudah menjangka apakah yang akan berlaku di Dewan Seri Endon pada 3 Disember nanti. Pastinya puluhan manusia akan berbaju PINK pada hari tersebut sekurang-kurangnya ahli-ahli keluarga aku. Mereka semuanya akan di'pink'kan bermula jam 12 tengahari hingga 5 petang. Baik perempuan mahupun lelaki.

Berbalik pada warna pink yang dipilih sudah tentu warna ini sudah sinonim dengan kehidupan aku sejak sekian lama. Malah banyak sungguh koleksi barangan peribadi aku berwarna pink samaada yang dibeli sendiri atau dihadiahi kawan-kawan. Memang seumur hidup aku, aku telah terjebak dengan warna ini sangat lama. Walaupun orang kata pink is poor, pink is old.. atau pink is not in style (aku yang buat sendiri slogan-slogan itu).. aku tetap dengan keberadaan dan kesetiaan menjadikan warna pink sebagai penguat semangat dalam melakukan kerja.. (Casing hp warna pink).



Walaubagaimana pun tidaklah aku meletakkan syarat kepada tetamu. Jika u datang berbaju hijau, kuning atau merah sekalipun hidangan makanannya tetap lauk yang sama. Tiada diskriminasi di situ. Tetapi harapan sangat tinggi, rakan-rakan tersayang datang berbaju pink untuk menyatakan kasih sayang kalian kepadaku.. hehe.. ugut si lelaki pakai pink pada haritu.. baru style!

Kali ini (Aceh, macam ade kali lain pulak), aku cuba membuat sedikit gila apabila meletakkan bukan satu warna pink kepada warna tema. Bukan hanya baby pink, bukan hanya shocking pink, bukan hanya dusty pink atau rose pink.. aku namakan warna tema majlis aku ini adalah THINK IN PINK. Apa maksudnya? Variety of pink. Kalau u lihat nanti, warna pink yang dipilih sangat pelbagai dan unik setiap satunya. Contohnya aku memilih warna baby pink untuk bunga telur, hot pink untuk kad jemputan, dusty pink untuk pakaian keluarga dan macam-macam jenis pink yang punya nama tersendiri. Jadi semuanya adalah kepelbagaian pink atau kita akan panggil Think in Pink.


Jadi, jangan ketinggalan untuk sama-sama merakamkan gambar bersejarah anda memakai pink di majlis saya nanti. Gunalah kesempatan yang ada untuk menyatakan rasa kasih anda kepada saya! Peace yoa!


Dan.. ada satu lagi yang memang pink habis adalah...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Kad kahwin yang direka oleh saya dan brother juga ada sentuhan pink. :)


Catatan Bakal Pengantin

Beningnya pagi, hingga aku rasa amat syahdu. Jam 3 pagi aku masih tidak dapat menutup mata, beratnya rasa hati jarang sungguh rasa begini. Sehalnya dengan rencana-rencana mahu bernikah ini, aku belum pernah tidak boleh tidur. Alhamdulillah, sibuk manapun tidur masih tetap nyenyak. Cuma malam ini..

Tinggal hanya 10 hari lagi sebelum aku bergelar isteri. Sebelum aku boleh ucap selamat tinggal kepada zaman anak dara.. sebelum aku boleh tulis di sini tentang suami dan aktiviti-aktiviti bersama sang suami selepas ini.. tinggal 10 hari saja lagi untuk aku menjadi seperti hari ini.. seperti saat aku menulis di blog ini.. sunyi.. dan.. sepi.

Semalam aku dan brother sibuk lihat ruang rumah sebelum jadi pondok untuk kami berteduh selepas bernikah. Bila aku lihat brother sibuk cakap tentang warna cat dinding, nak pasang almari itu dan ini aku jadi sayu dan serba terdiam. MasyaAllah, betul-betul aku tak sangka sudah tidak lama lagi aku akan mengakhiri kisah hidup sendiri ini. 

Bila banyak diam, dia akan pandang wajah aku lama-lama dan senyum. Aku tahu dia juga merasa yang sama. Keasingan yang indah dan sukar digambarkan dengan mata. Memandang wajahnya buat aku mengimbau kembali masa dulu-dulu zaman aku nakal itu nakal ini.. zaman terasa diri hot tapi sebenarnya tak hot mana pun. Zaman muda-muda yang sungguh tidak mahu aku ceritakan kepada anak-anak. Zaman akal masih separuh tapi belagak matang. Alhamdulillah, Allah temukan aku dengan dia. Dia yang patut aku ucapkan kata syukur paling banyak.. dia yang didatangkan mengajar aku yang dulu itu bukannya salah tetapi perlu diperelokkan, dia yang mengajar aku yang betul itu perlu dinampakkan betulnya.. dia yang melihat lemah aku tetapi katakan ianya adalah sweet.

Sungguh bila merasa indah begini, pastinya siapapun tidak tahu di masa akan datang apa akan terjadi. Tetapi Allah katakan berdoalah selalu, maka berdoalah kita supaya jalan ini akan sentiasa indah begini hingga sampai masa kita mati.

Selamat pengantin baru sayang!


Sunday, November 20, 2011

Save The Date Video

Alhamdulillah, save the date video kami sudah siap. Tepat 15hb Nov, mereka sudah hantar ke email aku. Memang betul-betul seperti yang dijanjikan. Berdebar juga semasa aku membuka email. Bila tengok memang sungguh puashati dengan outputnya. Terasa debaran majlis perkahwinan semakin dekat dengan aku. 

Apa save the date video ni? Sebenarnya save the date video lebih kepada jemputan perkahwinan secara digitallah. Selain itu boleh juga dikatakan sebagai teaser, macam orang buat filem.. sebelum filem ditayangkan, company akan buat teaser untuk memberi pengetahuan kepada umum atau penonton sasarannya tentang keberadaan filem tersebut dan akan tiba tidak lama lagi. Pendekatan yang lebih kurang sama jugalah dengan video kami ini. Durasinya tidak boleh terlalu lama kerana kata pun teaser, biar pendek dan jelas apa maksudnya. Macam aku yang sukakan konsep ringkas dan berkesan, video ini boleh memberikan gambaran konsep kami secara jelas. InsyaAllah akan dimuatnaik tidak lama saja lagi.. tungguuu..






Tuesday, November 15, 2011

Bila Hati Ini Terasa Sayu

Bila melihat harinya sudah tidak banyak lagi.. makin berkurang dari hari ke hari, selain debar yang amat deras, gembira yang amat tak boleh digambar ada satu lagi perasaan yang tiba-tiba datang semasa aku mula mahu melelapkan mata..

Hakikatnya malam ini hati aku tiba-tiba jadi sayu. Semasa enak tidur semalam, aku di datangkan sebuah mimpi. Yang di dalam mimpi itu pemain utamanya adalah 'mama'. Bila aku terjaga aku cepat hubungi mama.. ternyata rupanya ada satu petanda menyatakan tadi pagi adalah hari terakhir talian unifi berfungsi di rumah. Makanya aku tidak lagi dapat bergayut panjang di telefon dengan mama seperti selalu kerana talian telefon unifi percuma sudah tidak sah lagi sejak aku pulang malam tadi. Ya.. unifi sudah dipindah milik. Pemilik sudah terminate fungsinya kerana kami akan berpisah rumah beberapa hari saja lagi. 

Mungkin u tak berapa faham sangat. Apa perkaitannya termination unifi dan mama. Sebetulnya kalau u nak tau unifi panggilan percuma dari talian tetap ke talian tetap telah memberi kemudahan kepada aku untuk berbual dengan mama secara tanpa had selama ini. Jadi urusan misi jadi lebih mudah, aku dapat terus berhubung dengan mama tanpa sebarang gangguan bil telefon. Boleh dikatakan hampir setiap hari aku akan call mama dan kami akan berbincang atau berborak selama hampir satu jam dan adakalanya lebih sejam mengenai urusan misi.

Pagi tadi saja pelbagai update aku terima dari mama selain aku juga buat update pelbagai perkara juga kepada mama. Lepas ini kenalah guna telefon bimbit macam dulu-dulu, jadi berbual pun kenalah berpada-pada sikit.

Berbalik kepada tajuk sayu hati ini sebenarnya muncul lebih kerap akhir-akhir ini. Adakah kerana aku anak bongsu perasaan yang wujud ini menjadi lebih serius dan teramat meruncing sekarang? Sayu kenapa? Pastinya kerana perasaan hiba mahu menempuhi alam berdua. Yalah u pun fahamkan, bila sudah berkeluarga baru tak bolehlah nak tidur bawah ketiak mama lagi lepas ini.. tak bolehlah nak mengadap muka mama 24 jam lagi bila balik ke kampung.. Banyakla yang tak boleh lagi lepas ini.. Oh sungguh anak bongsu perasaan yang wujud malam ini.. 

Entahlah, bila ditulis terasa salah.. tetapi jika tak ditulis, di mana lagi nak menyatakan rasa ini. Tulisan ini hanya sekadar berkongsi perasaan yang tidak menentu ini dengan u agar u tahu selain aku dilihat begitu gembira mahu menyambut hari bahagia.. perasaan sayu juga turut dirasa.. sayu yang tidak jelas sangat.. apakah sebab musababnya yang nyata.. Oh Allah.. berilah aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi dan menghadapi perasaan ini.. 

ShareThis