Disclaimer

Assalamualaikum dan jutaan terima kasih kerana menjenguk page ini. Suka saya nyatakan bahawa sebarang pendapat atau kata-kata di sini hanyalah pendapat peribadi saya. Oleh itu sebarang kesan dan akibat daripada penggunaan maklumat dalam blog ini adalah di atas tanggungan anda sendiri. Dan untuk pengetahuan semua, blog ini baru dibuka kepada umum pada 9 September 2011 yang lalu. Terima kasih atas sokongan.

Terima kasih.



-Mass Mohamad-

Monday, November 21, 2011

Catatan Bakal Pengantin

Beningnya pagi, hingga aku rasa amat syahdu. Jam 3 pagi aku masih tidak dapat menutup mata, beratnya rasa hati jarang sungguh rasa begini. Sehalnya dengan rencana-rencana mahu bernikah ini, aku belum pernah tidak boleh tidur. Alhamdulillah, sibuk manapun tidur masih tetap nyenyak. Cuma malam ini..

Tinggal hanya 10 hari lagi sebelum aku bergelar isteri. Sebelum aku boleh ucap selamat tinggal kepada zaman anak dara.. sebelum aku boleh tulis di sini tentang suami dan aktiviti-aktiviti bersama sang suami selepas ini.. tinggal 10 hari saja lagi untuk aku menjadi seperti hari ini.. seperti saat aku menulis di blog ini.. sunyi.. dan.. sepi.

Semalam aku dan brother sibuk lihat ruang rumah sebelum jadi pondok untuk kami berteduh selepas bernikah. Bila aku lihat brother sibuk cakap tentang warna cat dinding, nak pasang almari itu dan ini aku jadi sayu dan serba terdiam. MasyaAllah, betul-betul aku tak sangka sudah tidak lama lagi aku akan mengakhiri kisah hidup sendiri ini. 

Bila banyak diam, dia akan pandang wajah aku lama-lama dan senyum. Aku tahu dia juga merasa yang sama. Keasingan yang indah dan sukar digambarkan dengan mata. Memandang wajahnya buat aku mengimbau kembali masa dulu-dulu zaman aku nakal itu nakal ini.. zaman terasa diri hot tapi sebenarnya tak hot mana pun. Zaman muda-muda yang sungguh tidak mahu aku ceritakan kepada anak-anak. Zaman akal masih separuh tapi belagak matang. Alhamdulillah, Allah temukan aku dengan dia. Dia yang patut aku ucapkan kata syukur paling banyak.. dia yang didatangkan mengajar aku yang dulu itu bukannya salah tetapi perlu diperelokkan, dia yang mengajar aku yang betul itu perlu dinampakkan betulnya.. dia yang melihat lemah aku tetapi katakan ianya adalah sweet.

Sungguh bila merasa indah begini, pastinya siapapun tidak tahu di masa akan datang apa akan terjadi. Tetapi Allah katakan berdoalah selalu, maka berdoalah kita supaya jalan ini akan sentiasa indah begini hingga sampai masa kita mati.

Selamat pengantin baru sayang!


2 comments:

adibahrisha said...

huhuhu debarannya kian terasa kat hati ni

masra (mass) said...

alhamdulillah. sudah lepas berdebar. hehe

ShareThis