Disclaimer

Assalamualaikum dan jutaan terima kasih kerana menjenguk page ini. Suka saya nyatakan bahawa sebarang pendapat atau kata-kata di sini hanyalah pendapat peribadi saya. Oleh itu sebarang kesan dan akibat daripada penggunaan maklumat dalam blog ini adalah di atas tanggungan anda sendiri. Dan untuk pengetahuan semua, blog ini baru dibuka kepada umum pada 9 September 2011 yang lalu. Terima kasih atas sokongan.

Terima kasih.



-Mass Mohamad-

Friday, December 30, 2011

..And They Live Happily Ever After


Jika dalam cerita-cerita dongeng kanak-kanak, selalunya kita akan lihat dipenghujung ceritanya nanti pasangan kekasih yang mengharungi pelbagai liku kehidupan untuk mencapai impian hidup bersama akhirnya berjaya mencapai impian mereka dengan sebuah perkahwinan. Ayat standard yang aku juga biasa gunakan untuk mengakhiri cerita-cerita dongengku kepada anak-anak saudara dengan menggunakan ayat ..and they live happily ever after.. itu bermakna ceritaku sudah berakhir. 

Seperti juga hari ini, di saat aku menaip tulisan dientri hari ini, aku sedang menulis di ruang bilik yang lebih besar dari bilikku selalu.. dalam suasana cukup tenang setenang air.. dalam riak emosi penuh gembira dan bersyukur.. alhamdulillah dipanjatkan tanpa henti.. akhirnya aku kini sudahpun bergelar isteri dengan sekali lafaz akad oleh sang suami.. dan kisah hidupku jika boleh dibukukan juga.. pasti ayat yang sama boleh digunakan.. kami sedang mengulit kehidupan penuh kebahagiaan bersama-sama. 


Misi 3 Disember dapat juga dicapai akhirnya, lagi syukur kepada Allah kerana memberi kami melalui detik yang dinanti-nanti saban waktu dan melalui hari-hari selepasnya hampir satu bulan hari ini. Boleh dikatakan segala perancangan yang diatur selama setahun berlangsung dengan jayanya berkat kerjasama seluruh keluarga dan teman-teman. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.



Terima kasih! Terima kasih! Terima kasih!



Mama
Teristimewa yang paling utama buat mama yang cantik jelita diketiga-tiga majlis kami iaitu di majlis akad nikah, majlis resepsi dan majlis bertandang. Aku lihat mama begitu gembira pada hari-hari tersebut. Apa saja yang aku nak buat mama akan sokong dan cakap "buatlah, jangan nanti terkilan.. kalau mama boleh tolong mama tolong".. MasyaAllah, mama sangat-sangat memberi sokongan semasa persiapan majlis berjalan. Yang sebenarnya mamalah yang sangat-sangat teruja dengan perkahwinan ini selain aku. Apa lagi yang boleh buat aku gembira selain melihat wajah mama yang gembira dan tersenyum walaupun penat. (Pastinya arwah bapa sentiasa diingatan selamanya)

Abang dan Kak Ayu
Satu lagi sejarah yang tidak akan aku lupakan apabila upacara akad disempurnakan oleh abangku sendiri iaitu waliku abang Mazri. Terima kasih abang atas sokongan dan banyak perkara. Abang dan kak Ayulah tempat paling hampir dengan aku untuk bermanja dengan keluarga kerana dia tinggal berdekatan dengan aku di sini. Banyak urusan di sini diuruskan dengan abang. Order goodie bag, meeting dengan videog and photog, deal dengan make-up artis, berulang alik jumpa wedding planner kami. Walaupun sibuk masanya untuk aku sentiasa ada.

Kakak Marina dan suami, abang Razak
Bila punya kakak, banyaklah dikongsi bersama. Kakak pula jenis yang suka pada benda yang cantik-cantik, bak kata orang Penang.. suka melaramlah dia nih.. Jadi bila sampai part-part baju apa nak pakai, konsep macamana.. trend apa sekarang boleh bincang dengan kakaklah. Yang masih aku ingat sewaktu kakak hari-hari akan kirimkan lagu-lagu inggeris lama di skype untuk dijadikan koleksi lagu-lagu semasa majlis perkahwinan aku. Dan.. jika u perasan, lagu-lagu yang kami kumpul tu dapat juga dimainkan di majls tersebut. Sungguh terharu..

Kak Marihan dan abang Sham
Kakak aku seorang lagi nih, dah tentu kerjanya banyak jugak sebab dia tinggal di rumah bersama mama. Tentu semua perkara yang mama terlintas nak buat akan dikongsikan dengan dia dan suami. Alhamdulillah kak An sihat walaupun dia sedang berbadan dua. Kesian juga, tengah alah tetapi terpaksa tolong pergi buat jemputan, beli barang itu dan ini, uruskan pasal dewan dan jamuan. Semoga kak An akan dapat baby baru yang iras muka aku pula lepas nih.. hehe

Tok, ibu saudara dan bapa saudara 
Sudah pastilah kakak-kakak dan adik-adik mama antara yang paling membantu dalam misi ini. Selain mereka selalu saja berkumpul memberi idea dan berbincang, mereka juga amat menitik berat soal keselesaan keluarga. Aku sangat-sangat berterima kasih kepada semuanya yang selalu memberi sokongan dan bantuan kepada mama. Kerana mereka jugalah mama menjadi bertambah bersemangat untuk menjayakan majlis kami.

Sepupu-sepupu
Sepupu-sepupu juga pastilah punya peranan tersendiri. Terima kasih kerana sanggup bercuti dan mengenakan pakaian sedondon walaupun tidak disponsor.. hehe. Tak macam ibu saudara dan bapa saudara, pakaian mereka ada tajaan.. hehe. Sepupu yang sporting dan pastinya memberi bantuan amat-amat dihargai.

Nurhanani anak saudara sulung.
Walaupun baru tingkatan 2 aku gunakan tenaganya semaksima mungkin pada hari kejadian dan beberapa hari sebelumnya. Almaklumlah aku tiada adik. Alhamdulillah, pemilihan berani aku memilih Hanani yang tak pernah ada pengalaman menjadi pengapit aku adalah keputusan yang tidak salah. Dia telah melakukan yang terbaik. Terima kasih Hanani. U did a god job.

Hanya dengan bantuan keluarga sahaja sebenarnya sudah boleh menjalankan upacara nikah dan resepsi, namun kerana manusia yang pakar dalam bidangnya lebih berhak mendapat apa yang hak.. aku juga tidak putus-putus mengucap syukur dan terima kasih kepada mereka-mereka yang sama-sama menjayakan majlis kami.

Adnan Jaafar
Paling utama adalah abang Adnan Jaafar. Terlalu banyak jika mahu diceritakan. Sehinggakan keakraban kami selama bekerjasama seperti sebuah keluarga. Aku terharu dengan kesungguhan abang Nan yang mereka khas 2 pasang busana resepsi buat aku (hanya sempat pakai 1 pasang sahaja dek kekangan masa). Membeli banyak barang-barang baru, buat tudung special made untuk aku dan macam-macam yang sukar untuk diluahkan dengan kata-kata. 

Dzoul Jarum Berlian
Jika u semua kurang jelas apa bezanya fungsi Dzoul Jarum Berlian dan juga abang Nan? Begini penjelasannya. Dzoul Jarum Berlian sebenarnya memberi supply pelamin dan keseluruhan deco dewan. Abang Nan pula sebagai perancangnya. Jadi boleh disimpulkan beginilah. Abang Nan yang membuat konsep dan menyusun atur deco. Dzoul pula sediakan barang. Walaubagaimanapun gabungan idea Abang Nan dan Dzoul juga telah merealisasikan impian pelamin tersergam pada majlis tersebut.

Forel Studio
Official photog kami yang datangnya jauh dari Kuala Lumpur. Kami dapatkan pakej bertunang, save the date video, pre-wedding video + still photo, resepsi video + still photo. Alhamdulillah, sudah siap terima cd gambarnya.. cepat dan bagus sangat kerjanya. Mereka ini adalah tenaga produksi sebuah tv swasta di Malaysia. Sebab itulah hasilnya mantap.

Adminhakim Photography dan kawan-kawannya
Team yang sangat supportive dan bersungguh-sungguh. Walaupun katanya masih baru tetapi aku lihat keusngguhan dan kerajinan mereka tidak mensia-siakan bakat dan minat yang ada. Dari masa bertunang hingga majlis perkahwinan, mereka begitu komited dan yang penting sehari selepas majlis sudah boleh di lihat gambarnya.. sungguh pantas. Jika sesiapa di Pulau Pinang yang mahu khidmat mereka boleh ke fb page search: Adminhakim Photography



Abbas Sasori, Azli dan Zulkhairi (The designer)
Mereka inilah yang menjayakan rekaan kad kahwin, bunting dan wall of fame. Terima kasih kerana melayan karenah kak Mas. Sesungguhnya, hanya Allah membalas jasa kesabaran kalian terutamanya Abbas yang hampir setiap malam akan ku ketuk pintu skypenya.. "Abbas.. are u there?" Thanks sebab tak sembunyi dari kak Mas.. terima kasih semuanya.. 

Team Dewan Budi Penyayang dan Caterer Abrar
Terima kasih kerana kerjasama yang baik dan layanan kepada tetamu dengan baik. Alhamdulillah, makanan memang enak-enak semuanya.

Kak Sharinnee dan Books Etc
Terima kasih teramat sangat kerana memberi kami ruang dan tempat untuk mengadakan sesi pre-wedding video shoot di kedai buku Books etc.. yang ditayangkan semasa majlis resepsi aku. Jika u nak tahu, kedai ini sangat baru dibuka dan mengumpulkan buku yang banyak sama saja seperti MPH. Yang bestnya ruang dan interior designnya sangat best dan menenangkan. Bertempat di Tesco Shah Alam, insyaAllah tak lama lagi boleh tonton videonya.

Team Nasyeed.com
Keluarga besar Nasyeed.com turun ke majlis akad nikah dan resepsi kami. Satu penghargaan dan rasa besar hati yang amat sangat. Selain, Nasyeed.Com juga telah menjadi team event pada majlis resepsi kami. Terima kasih kepada production manager baru Afzan yang mengatur majlis dengan baik. Terima kasih kepada team yang bertungkus lumus bantu persiapan awal walaupun adakalanya bukan termasuk dalam skop kerja. Terima kasih kerana menolong kak Mas.

Faisal Leham
Beliaulah yang bertanggungjawab menyediakan bahan cetak seperti kad kahwin, bunting dan wall of fame di majlis kami. Terima kasih kerana memberi harga terendah buat kami dalam ertikata lain banyak juga beliau sponsor untuk printing item. Terima kasih tidak terhingga.

Fastprint Malaysia
Untuk cetakan button bagde, thank you stiker dan easel 3 unit yang dibeli dari sana. Perkhidmatan yang pantas dan mudah bicara. Terima kasih Alnfard.

Shuhada dan abang Zaidi
Pengacara majlis yang dibawakan khas dari Shah Alam. Terima kasih kerana menjadi pemankin majlis pada hari tersebut. Ramai yang tersenyum mendengar celoteh-celoteh kalian.

Mestica, Masrie dan Abang Zaidi
Menjadi artis tetamu pada majlis resepsi kami. Terharu kerana semua ahli kumpulan Mestica datang dan menyanyikan lagu permintaan, Cinta Teragung. Kumpulan Masrie yang tiba-tiba call suami saya untuk perform semasa majlis dan abang Zaidi yang katanya menambat hati tetamu dengan lagu Ayat-ayat Cintanya. Thanks guys!

Dakmie Adamaya
Membuat surprise menyanyikan lagu popularnya AdaMaya atau Yang Terindah versi acapella kerana tidak bawa minus one. Terharu kerana surprise anda sungguh menjadi.



Ustaz Musa dan Saksi
Special thanks buat Ustaz Musa dan saksi upacara akad nikah. Ustaz Musa ni asyik buat kelakar jadi ceria sungguh majlis akad nikah kami. Mungkin kerana dia nak redakan debar suami saya kerana orang luar dari Penang.. alhamdulillah berkat caranya yang asyik bergelak tawa buat kami jadi sangat relaks.

Muhamad Razin Che Mud, Suamiku
Pastinya insan anugerah Allah buat aku ini tersangat banyak berada di sisi disaat susah dan senang melalui proses misi ini. Begitu tabah melayan karenah aku dan memberi sehabis daya yang ada untuk melaksanakan setiap misi kami. Aku masih ingat katanya "Kalau boleh, abang akan cuba laksanakan semua yang sayang nak buat".. (Jangan pelik dengan ayat tu, suami saya mmg kadang-kadang cakap macam pengacara). Dan memang itulah yang dilakukannya sepanjang setahun perjalanan misi ini berlangsung. Tidak pernah merungut mahupun menolak apa saja yang aku hajati. Alhamdulillah sehingga hari kami tinggal sebumbung hari ini pun suamiku, officially call abang from now sentiasa berada seperti dulu. Tidak culas.. tidak pula buat aku tersinggung apapun. Terima kasih Allah.

Tidak lupa seluruh tetamu yang hadir membawa keberkatan. Walaupun mulanya risau orang tak ramai kerana banyak majlis berlangsung dalam satu hari namun tetamu yang tidak putus datang dan penuh saja dewan buat aku rasa lega dan gembira. Tambahan melihat wajah teman-teman akrab, lama dan baru datang dengan senyuman. 

InsyaAllah jika terdapat kelapangan dan umur yang panjang. Aku akan buat penulisan demi penulisan mengenai kesemua kerjabuat aku sepanjang proses misi berlangsung untuk perkongsi bakal-bakal pengantin dan untuk bacaan keluarga dan teman-teman. Sesungguhnya perjalanan misi ini akan dirindui selama-lamanya dalam hidup. Masih terngiang-ngiang setiap hari pasti google itu dan ini. Dan aku juga tidak lepas dari mahu menyewa beberapa peralatan yang sudah dipakai seperti bekas hantaran, easel dan lain-lain. Selain berkongsi mengenai beberapa tips menjadi pengantin berdasarkan pengalaman sendiri. Doakan aku punya masa untuk semua ini nanti. InsyaAllah. 

Akhirkata.. terlangsailah keinginan untuk update blog pada hari ini. InsyaAllah berjumpa di lain masa. Rupanya, kalau saya tahu keseronokan hidup berumahtangga macam ini rasanya.. 2 tahun lepas saya ajak 'brother' kahwin. Habis cerita.. hehe.. apapun hidup bujang yang dilalui 29 tahun akan kekal manis dalam ingatan. Orang kata, puaslah hidup bujang lama dan banyak perkara sudah dicapai. Sekarang hanya fokus pada keluarga dengan apa yang sudah dibina di masa single mingle dulu. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.



:: Sedang tunggu suami pulang dari kerjaan :) ::

Tuesday, November 29, 2011

Save The Date - Razin & Masliza

2 Days To Go

Oh, malam ini aku masih sempat menulis walaupun sebenarnya dalam hati begitu kuat debaran. Alhamdulillah, kan aku selalu cakap tentang cara kerja mama yang sangat pantas, banyak perkara yang sudah siap dan malam ini mama tidur awal mungkin sebab kepenatan.

Sampai sahaja rumah Sabtu lepas, aku siap menyusun barang di dalam beg kertas, DIY Guest Book dan agihkan station by station untuk beberapa tugasan yang perlu diserahkan kepada ahli keluarga kerana aku tidak lagi boleh melakukannya semasa majlis perkahwinan berlangsung.

Semalam paksu Anuar datang, bincang mengenai pergerakan majlis, aku akan menaiki kereta pak su untuk ke Dewan Penyayang. Tok pula sudah beberapa hari di rumah, menolong apa yang termampu, memberi ingat apa yang terlupa.

Hari ini sahaja, aku sudah siap bentang cadar dan kami anak-beranak termasuk abang Razak (abang ipar), Kak Marina alihkan sofa naik ke atas rumah. Lapangkan kawasan rumah untuk majlis akad nikah Jumaat ini. Semuanya nampak sudah siap. Sebentar tadi aku pasangkan dawai halus di bunting penunjuk arah dan  sekarang aku masih lagi tidak sudah-sudah dengan skrip acara rasmi. Ya Allah, banyak sangat yang aku ubah-ubah sampai kadang-kadang jadi lost sekejap.  

Video pertunangan, save the date, digital kad, urusan undangan sudah selesai. Kami membuat panggilan keseluruhan dalam anggaran 1000 tetamu. Aku harap kawan-kawan dan keluarga akan tiba di majlis dengan gembira dan keberkatan yang di bawa.

Semoga Allah melancarkan segala urusan majlis kami nanti. Misi sudah sangat hampir dan harap semuanya akan lancar. 

Monday, November 28, 2011

Monday, November 21, 2011

Think in Pink!

Setiap kali menulis entri aku akan cakap dalam hati, ini adalah entri terakhir sebelum misi menjelang. Sebab perasaan yang aku alami sekarang boleh dikatakan sangat tidak boleh diterjemahkan dengan kat-kata. Jadi kita boleh namakan ianya 'Penyakit Nak Kahwin'. Berdebar lain macam, nak buat kerja tak boleh, nak tidur tak boleh. Pelik sungguh penyakit yang datang sekarang.

Untuk meredakan rasa sakit ini, aku ingin menulis entri mengenai warna tema majlis pernikahanku nanti. Yay! Mungkin ramai sudah menjangka apakah yang akan berlaku di Dewan Seri Endon pada 3 Disember nanti. Pastinya puluhan manusia akan berbaju PINK pada hari tersebut sekurang-kurangnya ahli-ahli keluarga aku. Mereka semuanya akan di'pink'kan bermula jam 12 tengahari hingga 5 petang. Baik perempuan mahupun lelaki.

Berbalik pada warna pink yang dipilih sudah tentu warna ini sudah sinonim dengan kehidupan aku sejak sekian lama. Malah banyak sungguh koleksi barangan peribadi aku berwarna pink samaada yang dibeli sendiri atau dihadiahi kawan-kawan. Memang seumur hidup aku, aku telah terjebak dengan warna ini sangat lama. Walaupun orang kata pink is poor, pink is old.. atau pink is not in style (aku yang buat sendiri slogan-slogan itu).. aku tetap dengan keberadaan dan kesetiaan menjadikan warna pink sebagai penguat semangat dalam melakukan kerja.. (Casing hp warna pink).



Walaubagaimana pun tidaklah aku meletakkan syarat kepada tetamu. Jika u datang berbaju hijau, kuning atau merah sekalipun hidangan makanannya tetap lauk yang sama. Tiada diskriminasi di situ. Tetapi harapan sangat tinggi, rakan-rakan tersayang datang berbaju pink untuk menyatakan kasih sayang kalian kepadaku.. hehe.. ugut si lelaki pakai pink pada haritu.. baru style!

Kali ini (Aceh, macam ade kali lain pulak), aku cuba membuat sedikit gila apabila meletakkan bukan satu warna pink kepada warna tema. Bukan hanya baby pink, bukan hanya shocking pink, bukan hanya dusty pink atau rose pink.. aku namakan warna tema majlis aku ini adalah THINK IN PINK. Apa maksudnya? Variety of pink. Kalau u lihat nanti, warna pink yang dipilih sangat pelbagai dan unik setiap satunya. Contohnya aku memilih warna baby pink untuk bunga telur, hot pink untuk kad jemputan, dusty pink untuk pakaian keluarga dan macam-macam jenis pink yang punya nama tersendiri. Jadi semuanya adalah kepelbagaian pink atau kita akan panggil Think in Pink.


Jadi, jangan ketinggalan untuk sama-sama merakamkan gambar bersejarah anda memakai pink di majlis saya nanti. Gunalah kesempatan yang ada untuk menyatakan rasa kasih anda kepada saya! Peace yoa!


Dan.. ada satu lagi yang memang pink habis adalah...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Kad kahwin yang direka oleh saya dan brother juga ada sentuhan pink. :)


Catatan Bakal Pengantin

Beningnya pagi, hingga aku rasa amat syahdu. Jam 3 pagi aku masih tidak dapat menutup mata, beratnya rasa hati jarang sungguh rasa begini. Sehalnya dengan rencana-rencana mahu bernikah ini, aku belum pernah tidak boleh tidur. Alhamdulillah, sibuk manapun tidur masih tetap nyenyak. Cuma malam ini..

Tinggal hanya 10 hari lagi sebelum aku bergelar isteri. Sebelum aku boleh ucap selamat tinggal kepada zaman anak dara.. sebelum aku boleh tulis di sini tentang suami dan aktiviti-aktiviti bersama sang suami selepas ini.. tinggal 10 hari saja lagi untuk aku menjadi seperti hari ini.. seperti saat aku menulis di blog ini.. sunyi.. dan.. sepi.

Semalam aku dan brother sibuk lihat ruang rumah sebelum jadi pondok untuk kami berteduh selepas bernikah. Bila aku lihat brother sibuk cakap tentang warna cat dinding, nak pasang almari itu dan ini aku jadi sayu dan serba terdiam. MasyaAllah, betul-betul aku tak sangka sudah tidak lama lagi aku akan mengakhiri kisah hidup sendiri ini. 

Bila banyak diam, dia akan pandang wajah aku lama-lama dan senyum. Aku tahu dia juga merasa yang sama. Keasingan yang indah dan sukar digambarkan dengan mata. Memandang wajahnya buat aku mengimbau kembali masa dulu-dulu zaman aku nakal itu nakal ini.. zaman terasa diri hot tapi sebenarnya tak hot mana pun. Zaman muda-muda yang sungguh tidak mahu aku ceritakan kepada anak-anak. Zaman akal masih separuh tapi belagak matang. Alhamdulillah, Allah temukan aku dengan dia. Dia yang patut aku ucapkan kata syukur paling banyak.. dia yang didatangkan mengajar aku yang dulu itu bukannya salah tetapi perlu diperelokkan, dia yang mengajar aku yang betul itu perlu dinampakkan betulnya.. dia yang melihat lemah aku tetapi katakan ianya adalah sweet.

Sungguh bila merasa indah begini, pastinya siapapun tidak tahu di masa akan datang apa akan terjadi. Tetapi Allah katakan berdoalah selalu, maka berdoalah kita supaya jalan ini akan sentiasa indah begini hingga sampai masa kita mati.

Selamat pengantin baru sayang!


Sunday, November 20, 2011

Save The Date Video

Alhamdulillah, save the date video kami sudah siap. Tepat 15hb Nov, mereka sudah hantar ke email aku. Memang betul-betul seperti yang dijanjikan. Berdebar juga semasa aku membuka email. Bila tengok memang sungguh puashati dengan outputnya. Terasa debaran majlis perkahwinan semakin dekat dengan aku. 

Apa save the date video ni? Sebenarnya save the date video lebih kepada jemputan perkahwinan secara digitallah. Selain itu boleh juga dikatakan sebagai teaser, macam orang buat filem.. sebelum filem ditayangkan, company akan buat teaser untuk memberi pengetahuan kepada umum atau penonton sasarannya tentang keberadaan filem tersebut dan akan tiba tidak lama lagi. Pendekatan yang lebih kurang sama jugalah dengan video kami ini. Durasinya tidak boleh terlalu lama kerana kata pun teaser, biar pendek dan jelas apa maksudnya. Macam aku yang sukakan konsep ringkas dan berkesan, video ini boleh memberikan gambaran konsep kami secara jelas. InsyaAllah akan dimuatnaik tidak lama saja lagi.. tungguuu..






ShareThis