
Cinta adalah ketika kamu kehilangan rasa gairah, romantika dan masih peduli padanya.
Petikan dari sebuah blog. Yang aku rasa ada ketepatannya. Yang aku rasa comel kata-kata ini dan patut aku letak teratas dalam entri ini.
Sehingga hari ini.. berita gembira ini belum diumumkan kepada rakyat Malaysia. Malah tidak juga kepada mana-mana manusia selain keluarga. Kawan rapat? Kan aku dah cakap belum dihebahkan kepada siapa-siapapun. Aku juga tidak berniat untuk membuat hebahan ke facebook, twitter, friendster, myspace, radio, suratkhabar atau beautifulnara sekalipun kerana bimbang akan gangguan orang-orang yang fanatik dengan kami. Biarlah aku hanya menulisnya di sini sorang-sorang, membaca sendiri dan publish bila saja aku rasa mahu.
Berhenti untuk entri versi poyo di atas. Masuk ke perenggan yang lebih serius..
Serius tak percaya.. (blog serius style). Inilah yang sudah diaturkan. Peluang-peluang hidup yang aku isi selama-lama hidup sendiri begitu lama ini sudah aku isi dengan memberi rasa cinta menapak kembali ke dalam hati. Cara ini bukan sebuah pilihan tetapi keputusan yang aku ambil selepas menolak tepi buku rekod-buku rekod lain yang aku calit dakwat merah semasa memeriksanya. Aku perlu memberi satu jawapan ke atas satu makna hidup yang terpenting. Yang abadi untukku. Yang terabadi untuk kami..
Waktu dulu.. 5 tahun dulu, aku sangat ingin melihat siapa jodohku. Siapa ya Allah? Siapakah orangnya? Itulah yang aku sering soal.. soal macam nakal, tapi aku memang mahu tahu. Rupanya jawapannya diberi begitu lama.. selepas aku sudah melalui fasa bersama bermacam jenis ragam manusia, selepas aku hidup berdikari sekian lama, selepas aku punya banyak yang aku mahu.. selepas aku advancekan keras hatiku kepada perasaan cinta..
Sesungguhnya, semuanya sudah terpulangkan kepada aku hari ini. MasyaAllah, indahnya running order yang kau ciptakan untuk hamba-Mu.