Misi mula : September 2011
Misi membeli hantaran antara moment paling bermakna semasa mula hidup berdua. Seperti aku dan abang waktu itu, tidak pernah terfikir untuk sama-sama berjalan-jalan di shopping mall untuk membeli belah barangan keperluan apatah lagi membeli barangan hantaran bersama. Memang kekok mulanya, tetapi dek kerana kami jauh dari keluarga jadi terpaksalah beli semua keperluan sendiri.
Kami mengambil keputusan untuk mencari keperluan hantaran bersama-sama. Sebetulnya 3 bulan tempoh masa selepas bertunang memang terlalu singkat untuk pasangan berkahwin melakukan persiapan terutamanya dalam membeli hantaran dan sebagainya, namun perancangan perlu diatur dengan sebaik-baiknya dan jadual gerak kerja perlu dibuat dan dipatuhi dengan sebaiknya. Kalau dalam jadual tulis hari Ahad perlu pergi beli cincin, patuhilah jadual tersebut sebab selepas itu pasti akan kucar kacir banyak perkara kalau tak diikut jadualnya.
Jika dilihat dalam jadual hampir setiap sabtu dan ahad jadual terisi. Jadi rancanglah jadual u juga ye. |
Macam aku, perkara kucar kacir berlaku semasa sebelum bertunang. Ada beberapa peringatan di jadual aku tak ikut disebabkan terasa macam, eh apsal awal sangat nih nak beli hantaran.. salah tulis nih?.. Tapi hakikatnya selepas itu, kami jadi kelam kabut masa nak beli hantaran. Hari terakhir aku nak pulang ke Penang pun masih lagi sibuk membeli itu dan ini. Waktu itu sudah masuk bulan puasa, kedai banyak yang tutup awal dan jalan asyik jem saja.. Ya Allah besar juga dugaan masa tu.
Jadi semasa misi 3 disember, aku tidak lagi cuai. Semua jadual dipatuhi. Siap aku email lagi pada abang (brother) supaya dia juga alert dengan jadual dan boleh kosongkan masa. Maklumlah masing-masing asyik sibuk.
Aku sarankan kepada b2b sekalian, silalah buat jadual dan patuhi jadual tersebut. Jadual sebaiknya di buat sebelum bulan tersebut tiba, awal 3, 4 bulan lagi bagus supaya jika ada tempat yang lompong kita boleh top-up. Kalau tidak tertunai kerana ada perkara lebih urgent, carilah juga masa terdekat untuk langsaikan apa yang tertulis dalam jadual.
Sekian dulu untuk kali ini. Jom layan gambar kenangan aku dan abang semasa kami menempuhi misi membeli hantaran.
No comments:
Post a Comment