Oh, malam ini aku masih sempat menulis walaupun sebenarnya dalam hati begitu kuat debaran. Alhamdulillah, kan aku selalu cakap tentang cara kerja mama yang sangat pantas, banyak perkara yang sudah siap dan malam ini mama tidur awal mungkin sebab kepenatan.
Sampai sahaja rumah Sabtu lepas, aku siap menyusun barang di dalam beg kertas, DIY Guest Book dan agihkan station by station untuk beberapa tugasan yang perlu diserahkan kepada ahli keluarga kerana aku tidak lagi boleh melakukannya semasa majlis perkahwinan berlangsung.
Semalam paksu Anuar datang, bincang mengenai pergerakan majlis, aku akan menaiki kereta pak su untuk ke Dewan Penyayang. Tok pula sudah beberapa hari di rumah, menolong apa yang termampu, memberi ingat apa yang terlupa.
Hari ini sahaja, aku sudah siap bentang cadar dan kami anak-beranak termasuk abang Razak (abang ipar), Kak Marina alihkan sofa naik ke atas rumah. Lapangkan kawasan rumah untuk majlis akad nikah Jumaat ini. Semuanya nampak sudah siap. Sebentar tadi aku pasangkan dawai halus di bunting penunjuk arah dan sekarang aku masih lagi tidak sudah-sudah dengan skrip acara rasmi. Ya Allah, banyak sangat yang aku ubah-ubah sampai kadang-kadang jadi lost sekejap.
Video pertunangan, save the date, digital kad, urusan undangan sudah selesai. Kami membuat panggilan keseluruhan dalam anggaran 1000 tetamu. Aku harap kawan-kawan dan keluarga akan tiba di majlis dengan gembira dan keberkatan yang di bawa.
Semoga Allah melancarkan segala urusan majlis kami nanti. Misi sudah sangat hampir dan harap semuanya akan lancar.
No comments:
Post a Comment