Semasa menulis entri ini, perasaan rindu pada suasana 5 Syawal itu masih kuat mencengkam hati. Indahnya waktu aku menyusun buah tangan tetamu, membentang permaidani, menguruskan homestay, membuat fitting akhir busana bertunang dan macam-macam perkara yang akan menjadi kenangan manis seumur hidupku. Berkat cara kerja mama yang tidak suka membuat kerja saat-saat akhir, kami masih lagi dapat menikmati jemputan rumah terbuka dan berkunjung ke rumah saudara mara walaupun terlalu hampir dengan majlisnya.
Terasa Asing Sungguh Perasaan Ini
Mungkin apabila riuh rumah hari itu buat aku lupa seketika cerita cinta kami yang unik dan punya seribu cerita-cerita di dalamnya. Bila saja lihat wajah mama, wajah brother dalam-dalam terus hati aku getus tidak percaya. Benarkah apa yang aku lalui saat ini? Benarkah yang tertulis dalam sejarah hidupku pada 3 September lalu adalah suratan yang Allah tetapkan sejak lahirku?
Terima kasih kepada semua yang bersama-sama melalui sama kisah percintaan ini. Selain keluarga, sahabatku cik Shuhadah Hamid juga antara manusia paling banyak berada dalam kisah percintaan ini.. Cik Ada ada datang ke majlis bertunang tetapi tak kesampaian kerana sesat sampai ke Georgetown. Takpelah, nanti bulan doblas datang tau. Semoga Cik Ada juga akan menemui jodohnya dengan insan yang disayangi suatu hari nanti.
Semoga Allah membalas jasa semua teman-teman yang memberi sokongan dan nasihat berguna. Bilamana berita pertunangan ini sampai ke pengetahuan ramai orang, selain ramai yang terkejut ramai juga yang mendoakan kebahagiaan buatku. Nanti ada masa aku ceritakan bagaimana perasaannya apabila berada dalam tempoh bertunang.
Tutup : 2.13 pm
No comments:
Post a Comment